Friday, May 7, 2021
Gaya Hidup 2 Pekerja Restoran Nasi Kandar Positif Covid-19

2 Pekerja Restoran Nasi Kandar Positif Covid-19

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di Jalan Kampung Benggali di sini ditutup selepas dua pekerjanya dilaporkan positif Covid-19 semalam.

Pengurusan Jamal Mohamed Nasi Kandar dalam satu kenyataan berkata, daripada hasil maklumat oleh Kementerian Kesihatan, seorang pelanggan yang disahkan positif Covid-19 telah datang ke restoran itu 4 November lalu.

“Semalam, dua daripada tujuh pekerja yang menjalani saringan dan kuarantin 13 November lalu telah disahkan positif oleh kementerian dipercayai dijangkiti daripada pelanggan itu.

“Lanjutan itu, premis kami ditutup sementara waktu bagi saringan kontak rapat dan nyahkuman sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata kenyataan itu di laman Facebook Nasi Kandar Jamal Mohamed Official Site semalam.

Penutupan tersebut hanya melibatkan cawangan di Butterworth dan tidak melibatkan cawangan lain.

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular