Friday, April 23, 2021
Berita 2 wanita Perancis didakwa tikam wanita bertudung

2 wanita Perancis didakwa tikam wanita bertudung

PARIS: Dua wanita dihadapkan ke mahkamah selepas mereka menikam dua wanita lain yang memakai tudung dekat Menara Eiffel dan didakwa melakukan serangan dan penghinaan bersifat perkauman.

Sumber perundangan memberitahu kes itu berlaku di tengah-tengah ketegangan kaum yang meningkat selepas pembunuhan seorang guru Perancis minggu lalu, yang menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada muridnya.

Wanita yang dituduh melakukan serangan itu, mabuk ketika mereka menemui sekumpulan wanita dan kanak-kanak Islam di taman Champ de Mars di kaki Menara Eiffel.

Keluarga Islam itu mengadu mereka rasa terganggu dengan anjing milik seorang wanita lain dan menyatakan mereka merasa terancam.

Rententan itu, salah seorang wanita yang juga pemilik anjing itu menarik keluar pisau dan menikam dua wanita bertudung, masing-masing berusia 19 dan 40 tahun.

Wanita 40 tahun itu mengalami enam luka tikaman dan dirawat di hospital berhampiran kerana kecederaan pada paru-paru, manakala mangsa yang lebih muda itu ditikam tiga kali.

Kedua-dua mangsa mendakwa penyerang memanggil mereka “Arab Kotor” dan memberitahu mereka: “Ini bukan rumah anda.”

Kejadian itu menimbulkan kekecohan di media sosial dengan sebilangan orang menuduh media Perancis berdiam diri mengenai serangan yang mereka lihat sebagai jelas anti-Islam.

Suspek utama telah ditahan, manakala rakannya telah dibebaskan dengan jaminan, kata sumber yang dekat dengan siasatan.

Peguam mangsa, Arie Alimi meminta kedua-dua penyerang itu dikenakan tuduhan yang lebih keras termasuk dakwaan cubaan membunuh yang berkaitan dengan kebencian bangsa dan agama. – AFP

Relate article

Comment

..
1,550FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular