Friday, May 7, 2021
Berita 4,029 Rekod Baharu Jangkitan Covid-19 Hari Ini

4,029 Rekod Baharu Jangkitan Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat 4,029 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 4,021 kes tempatan dan lapan kes import sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095.

“Bagi kes penularan dalam negara, 2,711 kes melibatkan warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 2,148 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes atau 75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, lapan kematian akibat COVID-19 dilapor hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara adalah sebanyak 594 kes.

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular