Saturday, July 24, 2021
Berita 6 Jaga Bangladesh Belasah 1 Lelaki Melayu

6 Jaga Bangladesh Belasah 1 Lelaki Melayu

ALOR STAR – Enam pengawal keselamatan warga Bangladesh sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, di sini ditahan dipercayai terbabit memukul seorang lelaki tempatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata semua yang ditahan berusia antara 26 hingga 41 tahun yang juga warga asing selepas mangsa berusia 34 tahun itu membuat laporan polis.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 3 petang, mangsa dikatakan meletak motosikalnya di hadapan kompleks beli belah itu.

“Bagaimanapun, mangsa didatangi seorang pengawal keselamatan terbabit dan memarahi lelaki itu kerana tidak meletakkan motosikal di tempat yang disediakan.

“Lelaki itu memberitahu dia hanya parkir di situ kerana menunggu ibunya mengambil barang di tingkat atas kompleks berkenaan. Namun, tiba-tiba pengawal keselamatan itu memaki mangsa menyebabkan mangsa menolak pengawal keselamatan itu ke belakang,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memanggil beberapa rakan sekerjanya antara lima hingga enam orang.

Beliau berkata, mereka kemudian menarik mangsa memasuki satu bilik dan memukul pengadu termasuk menggunakan kayu penyapu.

“Berikutan itu pengadu mengalami sakit pada anggota badan dan datang balai buat laporan. Bagaimanapun pengurus pengawal keselamatan terbabit turut membuat laporan polis memaklumkan pekerjanya diserang,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pergaduhan membabitkan enam pengawal keselamatan itu dengan lelaki tempatan berkenaan tersebar di Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

“Kita sudah melihat satu status di FB yang tulisannya amat sensitif kerana kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian itu.

“Bagaimanapun, kita memberi amaran pada netizen dan jika ada kesalahan kita boleh mengambil tindakan termasuk melakukan tangkapan,” katanya. – kredit BH

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular