Monday, August 2, 2021
Berita Nasional ADUN DAP Dikompaun Sambut Hari Lahir Di Negeri PKPB

ADUN DAP Dikompaun Sambut Hari Lahir Di Negeri PKPB

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Rara’ sekali lagi memohon maaf berhubung tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.

Rara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menjelaskan, beliau telah diarahkan menjelaskan kompaun ekoran kesalahan itu.

Menurutnya, bayaran kompaun itu akan dijelaskan dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan kes berkenaan dianggap selesai.

“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada DUN Pahang. Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sebelum ini, Young Syefura dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut.

Selangor adalah antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular