Friday, May 7, 2021
Gaya Hidup Hiburan Alif Satar Positif Covid-19

Alif Satar Positif Covid-19

Pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal, Alif Satar pada Ahad memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi laman Instagram rasminya, Alif menyatakan sepanjang menjalani penggambaran, beliau telah beberapa kali melakukan ujian saringan virus berkenaan.

Begitupun, keputusan terbaharu yang mengejutkan, mendukacitakan yang baru beliau terima hari ini menunjukkan pengacara Big Stage itu positif COVID-19.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya keselamatan keluarga..isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Tambahnya, beliau kini sedang menjalani proses kuarantin.

“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.” “Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya.

Ekoran Alif disahkan positif Covid-19, episod ketiga pertandingan Muzik-Muzik 35, yang sepatutnya berlangsung pada malam semalam ditunda kepada satu tarikh lain.

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular