Thursday, April 15, 2021
Berita Nasional Anwar Desak Pertimbangan Geran Bantuan & Lanjutkan Kontrak Pengusaha Kantin

Anwar Desak Pertimbangan Geran Bantuan & Lanjutkan Kontrak Pengusaha Kantin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Menteri Datuk Seri Radzi Jidin telah mengumumkan penutupan sekolah dan Kolej Vokasional di bawah pentadbiran KPM bermula 19 November 2020 sehingga pertengahan pertengahan Disember 2020 ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau khuatir akan nasib pengusaha-pengusaha kantin sekolah yang akan memaksa mereka untuk gulung tikar akibat ketidakmampuan menanggung bebanan kos operasi harian.

“Keputusan tergesa-gesa tanpa ambilkira nasib para pengusaha kantin adalah mengecewakan. Saya tuntut penjelasan dan tindakan segera dari kerajaan, terutamanya Menteri Pendidikan berhubung isu ini.

“Saya juga mendesak kerajaan untuk pertimbangkan cadangan memberi geran bantuan dan lanjutkan kontrak perkhidmatan mereka.” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan agar pihak kerajaan mengkaji terlebih dahulu setiap keputusan yang hendak dibuat.

“Fikir dan teliti setiap aspek sebelum membuat keputusan yang akan mengesankan rakyat terbanyak, terutamanya ketika zaman getir seperti hari ini.” tambahnya lagi

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular