Friday, May 7, 2021
Berita Asyraf Wajdi Gesa Pemuda Hentikan Polemik Politik Fokus Bantu Rakyat

Asyraf Wajdi Gesa Pemuda Hentikan Polemik Politik Fokus Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR – Polemik politik dalaman UMNO berikutan desakan beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang mencadangkan Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri dan meletakkan jawatan sebagai Presiden parti tersebut. berlarutan semalam mungkin akan sampai ke titik noktahnya.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki berkata pandemk Covid-19, proklamasi Darurat dan musibah banjir buruk yang menimpa beberapa buah negeri, merupakan perkara yang sedang memberi kesan besar terhadap kehidupan rakyat Malaysia kini.

“Natijah pandemik kepada ekonomi semakin terasa hinggakan pelaburan makin menguncup dan kadar pengangguran kian meningkat, turut menyebabkan rakyat makin susah, resah dan gelisah memikirkan soal kelangsungan hidup mereka.

“Di tengah-tengah krisis pandemik dan keperitan rakyat ini, sudah tentu polemik politik, sama ada dalaman parti dan antara parti adalah perkara terakhir yang rakyat mahu terjebak atau terheret,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, perkara-perkara yang berlaku kini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat keseluruhannya.

“Semua ini akan memberi kesan kepada moral dan keyakinan rakyat dalam menghitung hari-hari mendatang.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian, UMNO harus kembali kepada landasan yang asal dengan menjadikan mantra “Tradisi Membela Rakyat” sebagai teras perjuangannya ketika ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama beliau mendesak semua pihak berusaha menuntut bagi pihak rakyat mengenai perkara-perkara berkaitan kebajikan.

“Kepimpinan UMNO sama ada di dalam mahupun di luar pentadbiran Kerajaan mesti berusaha menuntut bagi pihak rakyat perkara-perkara yang menyentuh kebajikan mereka, antaranya mempermudahkan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat/kriteria, bantuan kebajikan rakyat musim PKP 2.0 sebagaimana PKP kali pertama, lanjutan Moratorium tanpa syarat dan tidak dikenakan penalti atau caj tambahan.” tambahnya.

Asyraf juga turut mengajak semua ahli-ahli parti agar mengetepikan hiruk-pikuk perpolitkkan dan berpolemik mengenai kuasa dan kedudukan, demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu membela rakyat dan membantu mereka yang benar-benar susah dan gelisah.

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular