Monday, August 2, 2021
Berita Nasional Asyraf Wajdi Kongsi Cadangan Positif Dari Najib Razak

Asyraf Wajdi Kongsi Cadangan Positif Dari Najib Razak

KUALA LUMPUR – Suara rakyat berkehendakkan had pengeluaran RM10,000 dari akaun 1 KWSP secara one-off dan lanjutan moratorium 6 bulan secara pukal yang kini diperjuangkan oleh mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mendapat respon positif dari rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan sederhana ke bawah.

Perkara ini juga turut dikongsikan bersama oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang berterima kasih kepada Pengerusi BNBBC yang disifatkan berbahas dengan menyentuh pelbagai perkara yang sedang dihadapi rakyat kini.

“Najib Razak yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh memperjuangkan suara hati rakyat yang benar-benar mengharapkan agar Kerajaan menimbang semula beberapa keputusan Belanjawan 2021,” jelasnya.

Berikut dikongsikan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Najib semasa sesi perbahasan beliau.

  1. Kebenaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP – Datuk Seri Najib bukan sahaja menegaskan keperluan Kerajaan mengkaji semula untuk rakyat mengeluarkan WANG MEREKA dalam Akaun 1 KWSP secara one-off dengan kadar maksimum RM10,000 bukannya beransur-ansur RM500 sebulan dan terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan. Bahkan dibenarkan dikeluarkan oleh semua yang terkesan termasuk M40 secara pukal kerana tidak akan menjejaskan Belanjawan, malah 3 cadangan dibuat untuk menampung kekurangan dana KWSP.
  1. Moratorium dilanjutkan selama 6 bulan secara pukal kepada semua peminjam di bank-bank termasuk juga bagi peminjam AMANAH IKHTIAR MALAYSIA dan TEKUN. Ini tidak menjejaskan keuntungan bank-bank yang masih boleh menjana keuntungan. Menariknya dalam hujah beliau “Kalau PKPB boleh dilanjutkan, takkan Moratorium tidak boleh dilanjutkan”.
  2. Yuran Pengajian universiti dikurangkan dan plan data internet untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta di berikan percuma.
  3. Bantuan Prihatin dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000
  4. Bantuan Prihatin untuk golongan bujang juga dinaikkan sebagaimana BR1M dulu daripada RM350 kepada RM600
  5. Tiada keperluan untuk Peruntukan JASA ketika ini. Sebaliknya RM81 juta dicadangkan untuk ditambah peralatan sanitizer, penutup muka bahkan menambahkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan kepada pelajar-pelajar sekolah yang ramai terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat Covid-19.

“Banyak lagi cadangan-cadangan yang baik, praktikal dan relevan dicadangkan oleh Pengerusi BNBBC yang diharapkan dapat pertimbangan serius oleh kerajaan hari ini,” tambahnya lagi.

 

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular