Thursday, April 15, 2021
Berita Nasional Asyraf Wajdi Wakili Pemuda UMNO Serah 10 Cadangan Utama Kepada Tengku Zafrul

Asyraf Wajdi Wakili Pemuda UMNO Serah 10 Cadangan Utama Kepada Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Mengambil kira soal realiti kehidupan, kesempitan dan kesusahan rakyat ketika krisis pandemik Covid-19 ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terpanggil untuk memastikan nasib rakyat terus dibela oleh kerajaan hari ini.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika berkongsi kenyataan di Facebook nya memaklumkan pertemuan bersama Menteri Kewangan itu berlangsung dalam keadaan baik.

“Datuk Tengku Zafrul kelihatan cukup positif dan memberikan jaminan untuk mengambil serius apa yang dibangkitkan,” katanya.

Dalam perbincangan hampir 2 jam tersebut, beliau dapat menyampaikan terus memorandum suara hati rakyat terhadap Belanjawan Negara 2021 termasuk isu KWSP, lanjutan moratorium, pembuangan kerja dan belia menganggur.

Berikut adalah 10 cadangan utama yang disampaikan merangkumi peningkatan aliran tunai rakyat yang mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara :

  1. Lanjutan tempoh morotarium secara pukal untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-6 bulan lagi.
  2. Memberi kebenaran untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5000
  3. Yuran percuma kepada para pelajar Universiti Awam oleh kerana tiada sesi pengajaran dan pembelajaran di kampus Universiti.
  4. Bantuan Bulanan E-Wallet sebanyak RM50 sebulan selama 12 bulan kepada pelajar Universiti Awam dan Swasta untuk pembelian data telefon mudah alih bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian (on-line)
  5. Bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 kepada ibu-bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun 2021.
  6. Melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN hingga Disember 2021. Cash rebate sebanyak 30 peratus bagi peminjam PTPTN yang terus membayar pinjaman sepanjang wabak COVID 19.
  7. Melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan proses pinjaman perniagaan di Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp atau mana-mana agensi berkaitan untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS). Kerajaan disarankan untuk memberi bantuan geran RM 5000 kepada syarikat yang berkelayakan melalui Geran Khas Prihatin Perniagaan (GKP).
  8. Insentif subsidi upah RM600 sebulan selama 12 bulan kepada syarikat yang menggaji graduan dan belia yang di ambil bekerja.
  9. Meningkatkan geran reskilling kepada pekerja sektor pelancongan (perhotelan, penerbangan, dll) untuk membantu mendapat pekerjaaan sektor lain.
  10. Bayaran khas bulanan kepada Penjawat Awam Barisan Hadapan (frontliners) sehingga berakhirnya pendamik Covid-19 atau berada di tahap minimum.

Turut bersama di dalam perbincangan ini ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Bin Maslan, Tan Sri Noh Omar dan Dato Sri Zambry Kadir.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular