Thursday, October 21, 2021
Politik Azmin Ali Dilantik Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional

Azmin Ali Dilantik Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang telah bermesyuarat dan memuktamadkan perlantikan Dato’ Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).

Menurut Setiausaha Agung PN Dato’ Seri Hamzah Zainudin, parti itu juga bersetuju untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN selaras dengan gerak kerja yang memfokuskan akar umbi secara menyeluruh.

“Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara melantik YB Dato’ Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

“Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.” katanya.

Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ir. Ts. Khairil Nizam juga telah dilantik sebagai Ketua Sayap Pemuda PN.

“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja Perikatan Nasional di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen Perikatan Nasional.” jelasnya.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,280SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular