Monday, October 25, 2021
Berita Bajet 2021 Tidak Inklusif - EXCO Pemuda UMNO

Bajet 2021 Tidak Inklusif – EXCO Pemuda UMNO

Bajet 2021 ini tidaklah bersifat inklusif sepenuhnya. Ada golongan yang tercicir dan tidak dibela.

Misalnya, kebajikan pelajar adalah perkara paling asas yang tidak mampu ditunaikan kerajaan. Kerajaan tidak memberikan diskaun yuran IPT kepada pelajar meskipun kebanyakkan daripada mereka ini masih belajar dari rumah.

Penangguhan bayaran balik PTPTN juga tidak diteruskan oleh kerajaan walaupun menyedari realitinya golongan ini antara yang terjejas teruk.

Perkara ini dibangkitkan oleh pelbagai pihak namun masih tidak mendapat perhatin kerajaan.

Walaupun ramai lagi berkerja di rumah, Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil eletrik juga tidak dilanjutkan.

Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan untuk pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN, PUNB dan Agrobank serta SME Bank yang dikhususkan untuk membantu usahawan.

Belanjawan ini adalah untuk semua dan kerjaan perlu meneliti semula Bajet 2021 ini untuk memastikan tiada golongan yang ketinggalan dari menerima manfaat ini.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

 

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular