Thursday, April 15, 2021
Berita Nasional BN Kekal Pendirian Sokongan Bersyarat Terhadap Belanjawan 2021 - Hishammuddin Hussein

BN Kekal Pendirian Sokongan Bersyarat Terhadap Belanjawan 2021 – Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional (BN) meletakkan kepentingan akar umbi untuk kekal relevan kepada rakyat.

Menurut Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin. Katanya, kepentingan dan suara akar umbi amat penting dan perlu diambil perhatian berbanding persahabatan dengan parti lain.

“Ini menunjukkan bahawa kalau kita mampu menunjukkan kepimpinan, keikhlasan, kejujuran dalam apa kita lakukan dan buktikan pada rakyat… akhirnya rakyat akan tentukan jatuh bangun kita.

“Kalau itu kita dapat buktikan kepada rakyat, saya rasa BN boleh keluar daripada keadaan hari ini kepada keadaan yang lebih kuat.

“Itu semua kemungkinan dan tidak perlu kita tentukan hari ini, yang penting akhirnya kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. Kita kena jaga rumah tangga kita dulu,” katanya.

Jelasnya, meskipun terdapat perbezaan pendapat namun BN perlu bergerak bersandarkan kepentingan rakyat pelbagai kaum. Mengulas mengenai sokongan terhadap Belanjawan 2021, tambahnya pendirian BN tetap sama iaitu sokongan bersyarat seperti mana yang dikatakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“BN dah buat keputusan, parti dah buat pendirian, saya tidak tahu apa akan berlaku Khamis (penggulungan Belanjawan 2021) ini.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular