Friday, April 23, 2021
Berita Nasional Cari Kawan Terputus Hubungan Punca Alza Lawan Arus

Cari Kawan Terputus Hubungan Punca Alza Lawan Arus

SEREMBAN – Selepas tular video di mana sebuah kenderaan Perodua Alza memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan.

Suspek dan penumpang kenderaan telah hadir sendiri ke IPD Seremban bagi membantu siasatan.

Siasatan awal pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mendapati ketika kejadian suspek bersama seorang penumpang bergerak dari arah Johor Bharu menuju ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di kawasan Hentian Rehat Senawang, suspek telah terputus hubungan dengan rakan yang menunggang motosikal yang bergerak bersamanya. Lantas suspek bertindak membuat pusingan-U di lebuhraya tersebut dan memandu di lorong kecemasan sehingga ke susur Tol Pedas-Linggi (U) untuk mengesan penunggang itu”.

Kedua-dua pemandu dan penumpang kerata terlibat telah ditahan dan direman selama 3 hari. Bagaimanapun penumpang kereta tersebut telah diberi jaminan polis. Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek dan penumpang dapati negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Sek 42(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Relate article

Comment

..
1,550FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular