Saturday, July 24, 2021
Rencana Ciuman Yang Paling Diingati

Ciuman Yang Paling Diingati

Rocco Morabito mengambil gambar ini ketika dalam perjalanan pulang dan ternampak sekumpulan pekerja menjerit, cuba menyelamatkan seorang rakan kerja yang tidak sedarkan diri akibat menerima kejutan elektrik sebanyak 4,160-volt.


Jurugambar menggunakan radio kereta untuk memanggil ambulans, dan kemudian mengambil gambar ini. Dalam gambar ini, Thompson memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada Champion setelah terkena renjatan elektrik dari kabel di atas tiang kuasa.


Gambar ini dihormati sehingga hari ini kerana Champion telah terselamat dari kejutan elektrik dan hidup selama 35 tahun lagi selepas kejadian. Pada masa itu, bantuan pernafasan mulut ke mulut bukanlah satu kaedah yang diperkenalkan secara meluas di seluruh Amerika. Kejadian ini kemudian telah mempopularkan istilah “kiss of life” untuk CPR.

Gambar ini memenangi Hadiah Pulitzer 1968 dalam Spot News Photography.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular