Thursday, April 15, 2021
Politik Darurat Pentadbiran : Perangi Covid19 Atau Muhyiddin Cuak

Darurat Pentadbiran : Perangi Covid19 Atau Muhyiddin Cuak

 

Sejak sehari dua ni perkataan DARURAT mengambil tempat di Media Sosial dan tak kurang juga yang panik bila perkataan DARURAT di sebut oleh beberapa portal pemberitaan.

Kabinet bersetuju untuk mempersembahkan kepada YDP Agung tentang Darurat Pentadbiran dan YDP Agung pula bersetuju untuk membawa perkara tersebut kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat.

Persoalannya adakah Darurat Petadbiran ini perlu? Ada netizen yang mengatakan bahawa Darurat ini tidak perlu.

Beberapa tokoh kepimpinan juga dilihat menyatakan perkara sama dan menurut mereka jika Darurat Pentadbiran ini diadakan maka ekonomi negara akan merudum apabila pelabur tidak mempunyai keyakinan untuk melabur.

Itu pendapat dan pandangan mereka.

Bagi aku pula, alasan untuk mengadakan Darurat Pentadbiran ini adalah alasan yang cukup lemah dimana jika ia dikatakan untuk memerangi Covid19 tanpa gangguan dari mana2 ahli politik setelah parlimen tergantung.

Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri perlu menghadapi apa juga yang mendatang tak kiralah gangguan itu datang dari sudut mana sekali pun. Kenapa perlu risau akan gangguan2 seperti yang didakwa?

Dulu semasa DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Barisan Nasional menjadi kerajaan pun banyak gangguan termasuklah gangguan dari Muhyiddin Yasin yang semasa itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi DS Najib hadapi dengan senyuman.

Muhyiddin tak perlu jadi diktator hanya semata2 untuk menjaga kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Pada pandangan aku, adalah lebih baik sekiranya Parlimen dibubarkan dan YDP Agung mengambil alih pentadbiran buat sementara waktu dengan melantil seorang Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri dan Kabinet Interim sementara menunggu pendemik Covid19 reda.

Penulis : Sharul Kamal, Aktivis Media Sosial

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular