Saturday, February 27, 2021
Politik Darurat Proklamasi : Akur Titah YDP Agong & Relevankan UMNO Kembali

Darurat Proklamasi : Akur Titah YDP Agong & Relevankan UMNO Kembali

ORDINAN Darurat 2021 telah pun diwartakan oleh kerajaan dan di dalam ordinan tersebut telah dimaklumkan semua jawatan PM, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Exco Kerajaan yang disandang wujud sebelum Proklamasi darurat yang ditelah diberikan kuasa eksekutif harus terus menjalankan tugas nya dalam tempoh darurat.

Satu jawatankuasa khas bebas akan ditubuhkan bagi menasihati YDP Agong sepanjang mana Darurat berlangsung dan ianya setakat hari ini belum lagi ditubuhkan dan akan ditubuhkan tidak berapa lama lagi yang akan dikenali dengan nama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Kita sebagai Rakyat jelata seharusnya tidak harus mempertikaikan keputusan YDP Agong untuk melaksanakan ordinan Darurat. Malah setiap parti politik yang ada dan juga pemimpin parti sewajarnya akur akan titah YDP Agong dan inilah sebenarnya masa yang terbaik kita berhenti berbalah berebut jawatan dan seharusnya fokus untuk membantu rakyat dan juga memulihkan ekonomi negara selain dari menyekat terus penularan wabak Covid-19.

Saya berpendapat tempoh darurat yang telah diumumkan sehingga bulan Ogos 2021 juga adalah peluang terbaik untuk parti UMNO memperbaiki kapal yang ada. Rakyat mahu lihat UMNO kembali kepada perjuangan yang asal kerana sesungguhnya Rakyat merindui UMNO parti keramat orang Melayu ini.

Semoga tempoh darurat yang berlangsung ini setiap pemimpin muhasabah diri dan memikirkan hala tuju parti mendepani pengundi muda yang mana selepas Ogos nanti 18 tahun sudah boleh mengundi. Ini cabaran besar yang UMNO perlu tempuh dan kita punya masa untuk melakukan perubahan agar UMNO kekal relevan dimasa mendatang.

Tawaran baru kepada Rakyat dalam isu yang melibatkan ekonomi dan keselamatan serta jaminan pekerjaan kepada anak muda perlu UMNO fokuskan. Manifesto dari UMNO/BN adalah apa yang Rakyat harapkan untuk masa hadapan.

Gunakan peluang yang ada pada gencatan politik ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah kita akan berjaya.

 

Penulis : Wan Muhammad Azri @ Papagomo

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,140SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular