Thursday, October 21, 2021
Politik Darurat Satu Intervensi Politik Yang Wajar - Aziz

Darurat Satu Intervensi Politik Yang Wajar – Aziz

1. Saya mengamati perkembangan terkini berkaitan cadangan perintah Darurat yang dicadangkan oleh YAB PM dan kabinetnya. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

2. Situasi terkini menunjukkan negara berdepan kemelut kesihatan dan kemelut ekonomi akibat dari pandemik Covid-19 yang mengakibatkan rakyat dari pelbagai latarbelakang kehidupan amat terkesan untuk melansungkan kehidupan yang normal.

3. Oleh yang demikian, negara kita tidak mampu untuk berdepan dengan satu lagi kemelut yang besar iaitu kemelut politik. Sehubungan dengan itu, adalah wajar sekiranya ‘status qou’ politik dikekalkan demi rakyat dan kestabilan sosio-ekonomi.

4. Sehubungan dengan itu, kita sedia maklum bahawa Kerajaan PN ini sedang bergelut dengan perebutan kuasa dari pelbagai pihak dan arah. Dewan Rakyat telah pun menerima belasan usul undi tidak percaya terhadap PM, samada daripada pihak parti kerajaan sendiri mahupun pihak parti pembangkang. Selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah daripada parti UMNO yang mengusulkan undi tidak percaya, seramai lima lagi ahli Parlimen daripada parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan 11 ahli Parlimen daripada parti Amanah Negara (Amanah) melakukan tindakan yang sama.

5. Namun, kalau dicongak-congak, tidak ada siapapun memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan tetapi kemungkinan untuk cukup bilang mensabotaj setiap usul belanjawan, walaupun usul tidak percaya itu berkebarangkalian tidak berjaya.

6. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, sudah pastinya keutamaan utama adalah kesejahteraan rakyat. Kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang semakin kritikal dan meruncing terutamanya di Sabah. PRN Sabah adalah satu kesilapan dan pengajaran berharga kerana kerajaan telah membiarkan ianya berlangsung walhal risiko kepada penularan wabak yang lebih pantas dan menyeluruh sudah dijangkakan. Saya selalu berpendapat bahawa kerajaan persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara sepatutnya campurtangan.

7. Akhirnya, bukan sahaja rakyat Sabah bahkan seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan kegagalan kerajaan Persekutuan untuk campurtangan. Apakah kita perlu mengulangi kesilapan yang sama dan pada masa yang sama tahu nyawa rakyat jadi taruhan? Jangan sampai dengan kesilapan yang sama, sekali lagi rakyat akan terheret ke dalam kemelut politik berpanjangan dan gelombang Covid-19 bertukar menjadi tsunami.

8. Secara peribadi, saya bersetuju dengan Perintah Darurat sebagai satu intervensi berperlembagaan untuk mengelakkan lebih banyak jiwa terkorban gara-gara pilihanraya umum. Dan saya mencadangkan selepas enam (6) bulan perintah Darurat atau sekurang-kurangnya sehingga kes Covid-19 menjadi reda; kerajaan mungkin boleh memberi pertimbangan samada membubarkan parlimen atau sebaliknya demi mencapai kestabilan politik yang baharu.

9. Walaubagaimanapun, pertimbangan tersebut perlu mengambil kira risiko kesihatan dan risiko ekonomi (striking a balance) berdasarkan situasi terkini. Secara total, walaupun mungkin ianya satu pendekatan politik yang luar biasa, Darurat bersyarat mungkin jalan yang terbaik dan bersesuaian dengan keadaan semasa negara dan global. Wallahu A’lam.

Penulis : Ir. Abdul Aziz Julkarnain
Ketua Pemuda UMNO Sabah
24.10.2020

 

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,280SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular