Saturday, October 16, 2021
Berita Dewan RM 35 Juta : Ahli Parlimen Johor Bahru Lontar 6 Soalan...

Dewan RM 35 Juta : Ahli Parlimen Johor Bahru Lontar 6 Soalan Untuk Muhyiddin Yassin Jawab

JOHOR BAHRU – Berikutan tular surat kelulusan peruntukan pembinaan projek dewan di parlimen Pagoh, Johor yang dirasakan tidak munasabah dengan keadaan semasa negara yang sedang dibelenggu dengan pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Johor Baharu, Akmal Nasir mempersoalkan mengenai kewajaran projek yang menelan belanja lebih RM 35 juta tersebut.

Berikut adalah soalan-soalan yang dilontarkan oleh Akmal menerusi perkongsian di facebook miliknya.

1. YAB Perdana Menteri per/u sahkan kesahihan surat tersebut.Saya rasa tidak menjadi kesalahan untuk sebagai rakyat untuk kita bertanya….

2. Apakah kewajaran pelaksanaan projek pembinaan dewan bernilai lebih RM35 juta ketika negara berhadapan dengan wabak Covid19?

3. Kenapa jumlah begitu besar untuk bina dewan dan kenapa di Pagoh, adakah terdapat kepentingan politik atau peribadi?

4. Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan frontliners atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi Darurat dan PKP?

5. Benarkah surat tersebut diutus pada tarikh sama ketika Proklamasi Darurat diumumkan YAB Perdana Menteri?

6. Adakah ini bermakna ketika Darurat kerajaan Perikatan Nasional boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan Parlimen digantung?

Akmal turut menambah agar persoalan yang dilontarkan beliau akan dijawab oleh Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin.

“YAB Perdana Menteri, kami mohon pencerahan,” tambahnya lagi.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular