Monday, August 2, 2021
Politik Fokus Agenda Perdamaian : Elakkan Darurat Yang Lebih Memudaratkan!

Fokus Agenda Perdamaian : Elakkan Darurat Yang Lebih Memudaratkan!

1. Minggu lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyaran dan mencadangkan agar digerakkan Agenda Perdamaian Nasional dengan dilakukan gencatan politik di kalangan pemimpin-pemimpin politik melangkaui ideologi parti.

2. Ini bertujuan bagi memberikan penumpuan sepenuhnya kepada segala usaha menangani pandemik Covid-19 yang makin menggejala dan membantu rakyat yang makin susah dan gelisah.

3. Cadangan Pengisytiharan Darurat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan seharusnya menjadi alternatif terakhir.

4. Ini kerana natijah dan dampak negatif akibat darurat pastinya bakal memberi kesan yang lebih memudaratkan rakyat terutamanya apabila ekonomi terjejas lantaran terhakisnya keyakinan pelabur asing dan domestik terhadap kestabilan negara.

5. Justeru, Pemuda UMNO buat kesekian
kalinya menyarankan agar pemimpin-pemimpin parti tidak kira yang mendokong kerajaaan mahupun di kalangan pembangkang agar dapat segera ke meja rundingan bagi mengenepikan perbezaan dan perbalahan merebut kuasa demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Penulis : Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular