Wednesday, August 4, 2021
Politik Gencatan Politik Tindakan Bijak - Pemuda UMNO Terengganu

Gencatan Politik Tindakan Bijak – Pemuda UMNO Terengganu

1. Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyambut baik hasrat parti bagi mengenakan gencatan politik dan memberi fokus usaha para politikus kepada perihal kepentingan rakyat.

2. Kenyataan Presiden UMNO YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggambarkan UMNO terus konsisten membela rakyat walaupun dimomokkan dengan pelbagai tuduhan seperti menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, prejudis terhadap kerajaan Malaysia ataupun gilakan kuasa untuk berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Amalan politik kotor begini jua memualkan rakyat. Tidak mustahil jua sekiranya rakan² sekutu kerajaan terus berpolitik,rakyat akan menolak PN di dalam PRU15.

3. Di samping itu, perhatian sepenuhnya kerajaan terutama Perdana Menteri dan Saf Kabinet Negara perlu mengambil endah tentang saranan Dato KPUM, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki iaitu Pelan Tindakan Khas Negara untuk memulihkan survival ekonomi rakyat. Moratorium bank perlu disambungkan semula sekurang-kurangnya hingga Disember 2020. Seterusnya, bagi negeri yang terjejas teruk kerana pandemik Covid19 gelombang kedua, perlu diberikan insentif kewangan terutama golongan muda, peniaga kecil dan keluarga B40.

4. Pemuda UMNO Terengganu juga berpendapat, formula untuk mengukuhkan keadaan politik perlu disediakan sebaik sahaja kes covid 19 mulai reda dan tidak membimbangkan lagi. Ini kerana, situasi sokongan yang goyah terhadap Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri sentiasa diganggu gugat dan diambil kesempatan oleh Anwar Ibrahim & DAP. Ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pembangunan negara mendatang.

5. Akhir sekali, Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menggesa seluruh anak muda seluruh parti agar menyambut saranan gencatan politik ini dan menyiapkan diri melawan gelombang ketiga Covid19 ini dengan solidariti.Penulis : Tengku Haphiz Bin Tengku Putera, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular