Saturday, October 16, 2021
Ekonomi "GERAI MARY" INISIATIF TERBARU KEMENTERIAN WILAYAH

“GERAI MARY” INISIATIF TERBARU KEMENTERIAN WILAYAH

KUALA LUMPUR – Program “Gerai Mary” adalah cetusan idea Tan Sri Annuar Musa sendiri sejurus melihat isu yang tular – Aunty Mary yang berniaga nasi lemak dengan menolak troli di sekitar Seputeh.

Semalam, inisiatif ini diteruskan apabila YB TS Annuar menghadiahkan gerai ini kepada Adik Mat, seorang OKU yang menjual nasi lemak di sekitar stesen LRT Cheras, yang pada asalnya menjual hanya dengan meletakkan meja di kaki lima. YB TS juga semalam telah membeli kesemua nasi lemak jualan Adik Mat sebanyak 1000 bungkus untuk disedekahkan kepada orang ramai.

Program Wilayah Prihatin dan Wilayah Cakna telah dilancarkan oleh Kementerian Wilayah demi membela nasib anak anak wilayah yang terkesan dengan Covid-19 kerana hilang pekerjaan, hilang pendapatan dan mata pencarian terjejas.

Semoga lebih ramai rakyat di Wilayah Persekutuan mendapat manfaat dan dapat dibantu hasil daripada program seperti ini. – Malaysia News

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular