Monday, August 2, 2021
Politik Hentikan Drama Perebutan Kuasa - Pemuda UMNO Perak

Hentikan Drama Perebutan Kuasa – Pemuda UMNO Perak

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak menyeru agar semua kepimpinan politik negara agar mengenepikan sebarang perbezaan pendapat dan perbalahan bagi memastikan kestabilan politik negara sekaligus memudahkan usaha untuk penjanaan semula ekonomi negara.

Ia adalah selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia yang telah bermesyuarat semalam.

Selain itu juga, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak menyokong kenyataan YB Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz yang bersetuju dengan tindakan UMNO untuk terus mendukung Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun tidak dinafikan kemelut yang membelenggu antara Parti UMNO dan PPBM kini, isu tersebut harus diketepikan terlebih dahulu demi kepentingan dan nasib rakyat.

Tindakan UMNO terus menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi ini adalah berdasarkan saranan DYMM Yang Dipertuan Agong , Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengingatkan agar semua kepimpinan politik agar berhenti berbalah dan memfokuskan kepada kestabilan negara.

Kepimpinan Negara harus lebih memfokuskan kepada isu Covid-19 yang menjadi masalah besar kepada negara pada ketika ini. Justeru itu, Pemuda UMNO Negeri Perak menyeru agar perdamaian politik ini harus disegerakan dan ia memerlukan jiwa besar tokoh politik dari setiap Parti Politik di tanah air.

Janganlah kerana sengketa sesama kita akhirnya rakyat yang menanggung kesannya. Renunglah mata rakyat yang hari ini tertekan dengan pelbagai masalah akibat Covid-19 yang menjurus kepada peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan.

Korbankanlah ego dan hapuskanlah dendam serta sengketa agar Malaysia kembali bernafas semula dan membawa sinar harapan baru buat rakyat Malaysia.

Mohd Ariff Abdul Majid
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak
27 Oktober 2020

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular