Saturday, October 16, 2021
Berita Inisiatif KWP Sasar Bantu Lebih 2,000 Anak Muda Kota

Inisiatif KWP Sasar Bantu Lebih 2,000 Anak Muda Kota

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 2,000 usahawan akan memanfaatkan peluang perniagaan melalui inisiatif Usahawan Anak Muda Kota.

Menterinya, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 1,026 lokasi strategik untuk melaksanakan program tersebut.

“Yang kita dah kenal pasti tapak-tapak perniagaan adalah lebih dari seribu tapak dan ada tapak dan tanah yersebut dibawah kawalan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah menghantar permohonan rasmi untuk hak menduduki sementara (TOL) kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menjayakan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya optimis dapat mewujudkan lebih daripada 2,000 secara berperingkat sehingga tahun 2022 berdasarkan kepada jumlah tapat yang dikenal pasti.

“Ia juga termasuk di dalam komplek membeli belah seperti di Berjaya Times Square selain terdapat dua lagi tempat yang masih dalam peringkat perundingan. “Selain itu, ada juga tempat yang sedang dibina dengan konsep itu termasuk disekeliling bangunan MARA dan sekitar RoL.

“Sekiranya ada kawasan yang mendapat sambutan, kita akan menambah lagi kios di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, kumpulan pertama yang terdiri daripada 234 usahawan telah menerima tawaran ruang perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka di ibu kota mulai November 2020 yang menjual pelbagai jenis perniagaan.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular