Sunday, April 18, 2021
Ekonomi Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar – 4 kekosongan jawatan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar – 4 kekosongan jawatan

Calon-calon yang layak daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

Jawatan:

Penolong Pegawai Undang-Undang
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pemandu Kenderaan
Syarat-syarat kelayakan:

Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Perlis
Kelayakan minimum PMR hingga Ijazah Sarjana Muda
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu ketika PMR dan SPM
Mempunyai lesen memandu berkaitan untuk jawatan Pemandu Kenderaan
Cara mohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1-2020 yang boleh dimuat turun dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (klik sini) dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

Kad Pengenalan (depan dan belakang),
Sijil Kelahiran (wajib disertakan),
Sijil Berhenti Sekolah,
Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut. Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan atau disampaikan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan. Maklumat lanjut iklan kekosongan jawatan klik sini (PDF).

Relate article

Comment

..
1,549FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular