Thursday, April 15, 2021
Komuniti Jawatan Kosong UiTM N.Sembilan – 4 kekosongan

Jawatan Kosong UiTM N.Sembilan – 4 kekosongan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

Jawatan:

PROFESOR (RM7,676.00 – RM 20,592.00)
PROFESOR MADYA (RM6,162.00 – RM13,235.00)
PENSYARAH KANAN (RM5,855.00 – RM12,445.00)
PENSYARAH (RM3,070.00 – RM11,095.00)
Fakulti dan bidang yang ditawarkan:

Fakulti Sains Komputer & Matematik (Matematik)
Fakulti Sains Gunaan (Kimia)
Syarat kelayakan:

Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan


Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.


Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.


Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di http://nsembilan.uitm.edu.my/
Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :


Salinan Kad Pengenalan

Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf


Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf

Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji)


Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan.


Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.


Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.


Sila kemukakan permohonan kepada:


TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN

Tarikh tutup permohonan:

23 November 2020

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular