Thursday, April 15, 2021
Berita Kali Ke Berapa Entah Bekalan Air Terputus Di Lembah Klang

Kali Ke Berapa Entah Bekalan Air Terputus Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Lanjutan pengumuman daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
berhubung pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor, Pengurusan Air
Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air
Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran
sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 12.45 tengahari, 10 November 2020.

Sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada
tahap 8 TON dan LRA SSP1, 2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

Henti tugas keempat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air
tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah
Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak
dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang. Senarai
kawasan yang terlibat dengan gangguan ini seperti di Lampiran A.

Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang
terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari
Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangsan Sungai
Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari. Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor
telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan
kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih
terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak
gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter,
Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular