Polis Ambil Tindakan Berikutan Tular Video Kanak-Kanak Menunggang Motosikal

0
215

JITRA – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kubang Pasu telah menjalankan satu siasatan awal berkaitan satu video yang tular di laman sosial Facebook dan Whatsapp dimana di dalam kandungan video yang berdurasi selama 19 saat yang memaparkan seorang kanak – kanak lelaki yang sedang menunggang sebuah motosikal berjenama Honda Ex5 berwarna hitam yang nombor pendaftarannya agak kabur.

Di dalam video tersebut kelihatan kanak – kanak tersebut berada di satu simpang tiga dan telah menunggang motosikal keluar dari simpang dan sehingga tamat video tersebut.

Setelah siasatan lanjut dijalankan mendapati, rakaman video berlaku pada 08/11/2020 jam lebih kurang 1800hrs di Kampung Paya Chegar, Jitra. Kanak – kanak tersebut telah dibawa ke Ipd Kubang Pasu oleh waris dan telah diambil tindakan lanjut di bawah kesalahan lalulintas iaitu, menunggang di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tidak dilindungi perlindungan insuran dan serta tidak memakai topi keledar.

Waris kanak –kanak tersebut telah diambil tindakan di bawahSeksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur, memandu suatu kenderaan bermotor.

PDRM Kubang Pasu selalu menasihatkan agar ibu bapa lebih memberikan perhatian kepada kanak – kanak terutama dalam aspek keselamatan lalulintas agar kejadian – kejadian yang tidak dingini dapat dielakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here