Saturday, October 16, 2021
Berita Kerajaan Dijangka Perkenalkan Semula GST

Kerajaan Dijangka Perkenalkan Semula GST

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan pendapatan, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research.

Dalam nota yang dikeluarkan hari ini susulan dialog dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lepas, Maybank IB Research memetik Tengku Zafrul sebagai berkata bahawa langkah-langkah lain termasuklah menganalisis kelemahan dalam rejim cukai dan impak percukaian baharu terhadap ekonomi, mengkaji pilihan untuk cukai baharu seperti cukai karbon dan cukai digital, merasionalisasikan insentif cukai, menambah baik pentadbiran cukai dan meningkatkan audit cukai, seperti melaksanakan nombor pengenalan cukai dan meningkatkan analisis data.

“Masa juga penting – terutamanya mengenai sebarang cukai baharu – supaya tidak menganggu proses pemulihan ekonomi.

“2021 adalah tahun peralihan daripada krisis untuk pulih,” ia memetik Tengku Zafrul sebagai berkata demikian.

Dalam jangka sederhana, Tengku Zafrul berkata kerajaan komited untuk mengurangkan defisit belanjawan kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2023.

“Strategi utamanya ialah meningkatkan pendapatan berdasarkan skop yang terhad untuk mengurangkan perbelanjaan, seperti 95 peratus daripada perbelanjaan operasi merupakan kewajipan, seperti emolumen, caj perkhidmatan hutang dan caj persaraan,” katanya.

Mengenai sektor sarung tangan, Tengku Zafrul berkata cukai pendapatan syarikat pengeluar sarung tangan diunjurkan sebanyak RM2.8 bilion pada 2020 dan RM4.7 bilion pada 2021.

“Kerajaan memutuskan bahawa tiada cukai keuntungan luar biasa akan dikenakan kepada pengeluar sarung tangan untuk mengelak potensi ‘kos/kerugian peluang’ seperti syarikat pembuatan sarung tangan melabur di luar negara berbanding di Malaysia, dan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur sedia ada dan yang berpotensi dalam industri lain,” katanya.

Mengenai sumbangan RM400 juta daripada pengeluar sarung tangan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata sumbangan itu adalah sukarela dan selain daripada cukai pendapatan korporat pengeluar sarung tangan sebanyak RM2.8 bilion pada 2020 dan RM4.7 bilion pada 2021. Mengenai vaksin COVID-19, katanya

Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM3 bilion untuk membiayai perolehan vaksin melalui penyertaan Malaysia dalam program COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan rundingan dengan syarikat farmaseutikal yang melakukan ujian klinikal vaksin Tahap 3, dengan matlamat untuk mendapatkan vaksin pada suku pertama 2021.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular