Thursday, April 15, 2021
Rencana Kerajaan Wajar Adakan Vote On Account

Kerajaan Wajar Adakan Vote On Account

Penulisan aku sebelum ini menggambarkan situasi yang Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya telah kehilangan keyakinan majoriti di Dewan Rakyat.

Mengapa? Sebab nasihat untuk Darurat dilaksanakan oleh Perdana Menteri telah ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sudah pasti ditolak kerana tujuan Darurat dilaksanakan sebenarnya untuk ‘menggantung parlimen’ dan membolehkan Belanjawan 2021 lepas tanpa halangan.

Logiknya mudah, jika Kerajaan PN mempunyai keyakinan majoriti, kenapa nak gantung parlimen? Nak gantung atau prorogue parlimen ni selalunya sebab tak mahu Kerajaan kalah di Dewan Rakyat, sekaligus membuatkan Kerajaan jatuh dan PRU harus dilaksanakan.

Kerajaan PN ini bernasib baik sebab titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyelamatkan ke’perdana menteri’an Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Oleh itu, dengan andaian yang logik lagi jelas ini, bukankah UMNO-BN selaku blok parti terbesar di dalam Kerajaan PN hari ini harus menyedari bahawa Kerajaan PN ini tidak lama dan tarikh luputnya awal.

Titah Baginda Tuanku ini harus ditafsir berhati-hati dan tidak disalahgunakan untuk mempertahankan sebuah KERAJAAN MINORITI.

Mengapa kita mahu mempertahankan Kerajaan Minoriti?

Bukan apa, aku lihat parti – parti pembangkang PH seronok dengan ‘Confidence & Supply Agreement’ dimana mereka boleh memberikan undi mereka untuk Belanjawan Kerajaan PN dengan syarat mereka diberikan peruntukan kawasan Ahli Parlimen yang sama dengan Ahli Parlimen Kerajaan.

Walaupun itu adalah norma baik amalan demokrasi. Tetapi dengan keadaan Kerajaan PN yang rapuh dan telah kehilangan keyakinan majoriti ini, Confidence & Supply Agreement hanya akan mewujudkan apa yang YB Tun Mahathir Mohamad nak dulu sewaktu Langkah Sheraton berlaku iaitu ‘KERAJAAN PERPADUAN’ (Unity Government).

Secara mudahnya, untuk kekal berkuasa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan PH.

Kalau kita ingat semula, memang BERSATU pun sebahagian dari PH dulu. Jelas terbayang Tan Sri Muhyiddin, Tun Mahathir, Lim Guan Eng Mat Sabu dan Azmin Ali punya lah senyum lebar lepas menang PRU14 tempoh hari.

Maka, sebab itu aku rasa semua pihak baik UMNO-BN, PAS dan parti-parti PH sendiri yang dah membuat keputusan diperingkat parti masing-masing untuk MENGEMBALIKAN MANDAT KEPADA RAKYAT melalui PRU15 kena tolak Confidence & Supply Agreement.

UMNO-BN pun harus mengangkat dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bersetuju dengan prinsip yang UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional dan kerjasama menubuhkan Kerajaan PN pada hari ini adalah bersifat sementara sehingga PRU15.

Semua Ahli Parlimen dan Parti Politik harus mendesak agar Kerajaan untuk mengadakan Vote on Account sahaja.

Dengan Vote on Account, titah Baginda Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dapat dijunjung sebaiknya kerana Kerajaan hanya akan membentangkan perbelanjaan yang perlu untuk memerangi Covid-19 dari merebak menjadi lebih parah.

Vote on Account juga boleh dicadangkan untuk program-program khas membantu meringankan beban rakyat yang terkesan terutamanya yang kehilangan mata pencarian untuk menyara Keluarga.

Tuntasnya, Vote on Account ini dapat mencapai objektif segera Kerajaan untuk menyelamatkan negara dan rakyat. Malahan Vote on Account juga boleh memastikan Kerajaan PN yang dikhuatiri tidak lama ini dari menyalahguna peluang Belanjawan 2021 ini untuk mempersiapkan parti mereka menghadapi PRU15.

Vote on Account ini boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kita menggunakan sistem Westminster Parliament. India iaitu demokrasi terbesar di dunia juga pernah menggunakan Vote on Account di Lok Sabha.

Aku harap cadangan ini boleh diberi perhatian sewajarnya. Mengapa? sebab ianya lebih gentleman dan bermaruah.

Vote on Account ini juga menjunjung hasrat Baginda Tuanku dan pada masa yang sama menghormati hak demokrasi rakyat untuk memilih dan menikmati sebuah Kerajaan yang stabil.

Penulis : Azwan Omar, WTC

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular