Thursday, October 21, 2021
Berita Nasional Kini Anda Boleh Berniaga Di Mana-Mana Dalam Kuala Lumpur

Kini Anda Boleh Berniaga Di Mana-Mana Dalam Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Sekiranya anda memang seorang peniaga atau memiliki perniagaan makanan dan sebagainya, kini boleh menarik nafas lega apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya mulai Ahad ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pihak tiada larangan kepada sesiapa saja untuk berniaga tetapi mereka (peniaga) perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma. Ulang sekali lagi, PERCUMA.

Perlesenan & Penjaja

Permohonan Lesen

“Mulai Ahad 15 November ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’… sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan,” katanya.

So sekiranya anda memang betul-betul nak berniaga, bolehlah apply terus secara online lesen sementara daripada pihak DBKL.

Tambahan lagi, menurut Menteri telah mendapat persetujuan daripada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di Wilayah Persekutuan dan mereka sedia memberi kerjasama dengan melakukan pemantauan di peringkat komuniti.

Cuma perlu diingat, jika nak berniaga di mana-mana tiada masalah. Asalkan tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan perlu menjaga kebersihan di sekitar ibu kota.

Dah tahu nak berniaga apa?

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,280SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular