Monday, August 2, 2021
Berita Nasional KPM Umum Sekolah Ditutup

KPM Umum Sekolah Ditutup

KUALA LUMPUR – Sidang akhbar hari ini oleh YB Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin memaklumkan bahawa sesi persekolahan dan kolej vokasional di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditutup sehingga 17 Disember dan 18 Disember 2020.

Berikut adalah pecahan negeri yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kumpulan A : Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Cuti : 9 Nov – 17 Dis 2020
Sekolah bermula : 20 Dis 2020 (Ahad)

Kumpulan B : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Cuti : 9 Nov – 17 Dis 2020

Sekolah bermula : 21 Dis 2020 (Isnin)

“Penggal persekolahan bagi tahun 2021, akan bermula pada 20 Januari dan murid sekolah rendah akan memulakan sesi pembelajaran pada tarikh itu.

“Manakala bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional juga akan memulakan pengajian pada tarikh yang sama,” katanya.

Katanya lagi, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini. Penutupan ini melibatkan lebih 5 juta murid / pelajar dan lebih 500 ribu orang guru, pensyarah dan warga KPM.

Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah akan dilaksanakan secara home based learning dan pelajar di asrama perlu dibawa pulang ibu bapa atau boleh tinggal di asrama sehingga diambil oleh keluarga, katanya.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular