Thursday, April 15, 2021
Rencana Kuala Terengganu Pernah Diserang Inggeris Kerana..

Kuala Terengganu Pernah Diserang Inggeris Kerana..

11 November 1862: Kuala Terengganu dibedil oleh Inggeris

11 November 1862 – Pada tahun 1862, Kuala Terengganu dibedil oleh Inggeris berikutan keengganan Sultan Terengganu menyerahkan Sultan Mahmud Muzaffar Syah. Sultan Mahmud Muzaffar Syah adalah bekas Sultan Riau-Lingga yang telah dipecat oleh Belanda. Dari segi hubungan kekeluargaan, baginda adalah anak saudara kepada Sultan Terengganu.

Penglibatan Sultan Mahmud Muzaffar Syah dengan pihak Inggeris bermula apabila baginda campur tangan dalam hal-ehwal negeri Pahang. Tindakan ini menyebabkan Inggeris memberi kata dua kepada baginda. Sultan Terengganu yang pada mulanya memberi sokongan kepada baginda, akhirnya mengambil sikap berkecuali.

Menyedari akan keadaan ini, Sultan Mahmud Muzaffar Syah beralih pula ke Siam. Baginda mendapat sokongan kuat dari Siam yang sememangnya tidak begitu senang dengan Sultan Terengganu. Bagi pihak Inggeris pula, tindakan Sultan Mahmud Muzaffar Syah ini mengancam kepentingan mereka di Pahang. Oleh itu, Gabenor Cavenagh mengambil keputusan, bekas Sultan Riau-Lingga itu perlu diserahkan kepada mereka.

Keputusan ini diberitahu kepada Sultan Terengganu yang kemudiannya memberitahu hal ini kepada Sultan Mahmud Muzaffar Syah sendiri. Inggeris memberi tempoh 24 jam kepada Sultan Terengganu untuk menyerahkan Sultan Mahmud Muzaffar Syah. Setelah tempoh tersebut tamat dan bekas Sultan Riau-Lingga itu tidak juga diserahkan, Inggeris pun membedil bandar Kuala Terengganu pada hari ini dalam tahun 1862.

SUMBER : Arkib Negara Malaysia

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular