Friday, May 7, 2021
Berita Nasional Kunci Kestabilan Politik Indonesia

Kunci Kestabilan Politik Indonesia

Kita harus jujur, sistem politik dan kenegaraan Malaysia dan Indonesia berbeza.

Kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen ‘ala’ Westminster, Raja Berperlembagaan dan manakala Indonesia adalah negara demokrasi Republik Berpresiden.

Di Indonesia, Presiden dipilih rakyat secara terus dan menjadi sangat sangat berkuasa. Beliau adalah Ketua Negara merangkap Ketua Kerajaan.

Stabilnya Presiden, stabil juga Kerajaannya.

Tapi, kita harus berlaku jujur juga bahawa tidak boleh mana-mana sistem kenegaraan boleh ‘claim’ bahawa ianya lebih baik dari yang satu lagi.

Masing-masing punya pro dan kontranya. Masing-masing punya keunikkan yang sesuai dengan legasi politik, ekonomi dan sosial yang diwarisi dari penjajah masing-masing.

Dalam konteks penulisan kali ini, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan rombakan kabinetnya yang pertama sejak memenangi Pilpres penggal kedua.

Rombakan kabinet ini boleh ditakrifkan dengan berbagai andaian. Nak kata Jokowi lemah diserang golongan buruh kerana Undang-Undang Omnibus atau penularan wabak Covid-19 pun tidak boleh dipastikan.

Cuma bagi aku, Jokowi memahami kuasa dan otoriti yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Dasar Negara, dan bertindak untuk memastikan Kerajaan pimpinannya berjalan lancar.

Rombakan kali ini menyaksikan Budi Gunadi Sadikin dilantik sebagai Menteri Kesihatan (Menkes) ke-20 Republik itu bagi menggantikan Terawan Agus yang teruk dikritik rakyat di dalam mengendalikan pandemik Covid-19.

Disamping itu, bekas calon Wakil Presiden kepada pencabar Prabowo Sibianto dalam Pilpres yang lepas, Sandiaga Salahuddin Uno juga diberikan amanah sebagai Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif menggantikan Wishnutama Kusubandio.

Pokoknya, rombakan ini boleh dibaca sebagai satu bukti bahawa Jokowi masih berkuasa, ‘alive and kicking’. Dia umum satu dunia bahawa dia masih ‘call the shot’.

Ini cukup sebagai bukti ‘kestabilan politik’ yang para pelabur asing mahu tengok. Dan Jokowi tak malu untuk zahirkannya.

Lihat sahaja bagaimana beliau siap tawarkan pada Elon Musk, pengasas Tesla dan Space X untuk menjadikan Indonesia sebagai lokasi pelancaran roket Space X.

Sejauh itu Jokowi pergi mahu Indonesia Maju!

Penulis : Azwan Bin Omar, Pengalisis Politik

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular