Friday, April 23, 2021
Berita KWSP : i-Sinar Dah Jadi i-Marah, i-Sedih, i-Kecewa

KWSP : i-Sinar Dah Jadi i-Marah, i-Sedih, i-Kecewa

KUALA LUMPUR – Pengumuman pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung had pengeluaran wang simpanan dari Akaun 1 telah memberi pelbagai respon dan tanggapan pelbagai pihak.

Namun bagi Datuk Zahida Zarikh Khan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengganggap pengumuman tersebut tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada hari ini.

“Saya kira bukan sahaja mereka yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji sahaja memerlukan kewangan.

“Ramai yang mengadu pada kami gaji mereka dipotong hingga 50% dan semakin tersepit dengan situasi krisis sekarang ni,” ujarnya.

Zahida juga turut mempersoalkan sama ada mereka yang telah dipotong gaji ini perlu diberhentikan kerja terlebih dahulu bagi melayakkan mereka memohon pengeluaran Akaun 1 KWSP ini.

“Adakah mereka perlu minta majikan berhentikan kerja hanya untuk layak keluarkan KWSP sendiri?

“Kenapa terlalu banyak karenah birokrasi hingga menyusahkan pencarum untuk keluarkan simpanan sendiri di saat getir hari ini?” soalnya lagi.

Beliau juga turut menggesa agar pihak KWSP fahami keadaan semasa rakyat Malaysia sepanjang pandemik Covid-19 ini dan permohonan pengeluaran haruslah dibuat secara sukarela.

“Ramai yang kecewa dengan pengumuman terkini KWSP, ramai yang sebut, ini bukan I-Sinar tapi I-Sedih, I-Marah dan macam macam lagi,” tambah beliau lagi.

Relate article

Comment

..
1,550FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular