Thursday, April 15, 2021
Berita Lagi Kes Pesakit Covid-19 Cuba Bunuh Diri Di Sabah

Lagi Kes Pesakit Covid-19 Cuba Bunuh Diri Di Sabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang menerima rawatan akibat menghidap kanser dan positif Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini, sejak beberapa hari lalu, dilaporkan terjun dari tingkat enam hospital berkenaan, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa berusia 64 tahun terbabit terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditempatkan di hospital berkenaan selepas didapati menghidap penyakit kanser dan positif Covid-19.

Katanya, mangsa dipercayai tertekan sebelum mengambil keputusan berkenaan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Mangsa yang parah akibat kejadian itu kemudian dibawa turun oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular