Saturday, July 24, 2021
Berita Dunia Laman Youtube Dilaporkan Bermasalah Pagi Ini

Laman Youtube Dilaporkan Bermasalah Pagi Ini

Sejak awal pagi ini, kecoh di laman sosial apabila ramai pengguna seluruh dunia melaporkan gagal melayari saluran Youtube.

Dakwa mereka, video tidak boleh dimainkan dan wujud paparan masalah apabila membuka saluran yang mahu ditonton.

Malah ada di antara mereka menyangkakan masalah itu terjadi akibat gangguan kepada talian Internet mereka.

Apabila disemak, laman Youtube masih boleh dilayari namun apabila hendak memainkan sesuatu video, hanya layar hitam sahaja yang kelihatan.

Masalah ini juga memberi kesan kepada premium streaming Youtube TV dan langganan filem serta rancangan televisyen menerusi Google TV.

Namun apabila diajukan, mereka mendapati Youtube itu sendiri yang menghadapi masalah.

Youtube, menerusi satu kenyataannya memaklumkan sedang berusaha mengatasi masalah berkenaan dalam secepat mungkin.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular