Saturday, October 16, 2021
Politik Langgar Disiplin Parti Punca ADUN Sabak Lompat Sertai PKR

Langgar Disiplin Parti Punca ADUN Sabak Lompat Sertai PKR

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak di Selangor, Ahmad Mustain Othman menyertai PKR selepas dipecat oleh Amanah Julai lepas. Perkara itu disahkan sendiri oleh Mustain sambil memaklumkan bahawa beliau diterima sebagai ahli PKR pada 31 Ogos.

“Saya sudah diterima sebagai ahli PKR pada 31 Ogos lalu, sekarang saya adalah Adun kerajaan Selangor,” katanya.

Ketika ditanya sebab beliau memilih PKR, Mustain enggan mengulas lanjut. Semakan status permohonan keahlian Mustain mendapati telah diluluskan keahlian beliau oleh PKR.

Mustain dipecat oleh Amanah kerana melanggar disiplin sebagai ahli parti. Selain Mustain, seorang lagi wakil rakyat Amanah di Selangor, iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, menyertai PKR selepas mengambil keputusan meninggalkan parti itu sebelum ini.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengakui tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk meninggalkan parti itu.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular