Sunday, April 18, 2021
Media Sosial Logik Syarat Pengeluaran Pukal RM10k & Lanjutan Moratorium 6 Bulan

Logik Syarat Pengeluaran Pukal RM10k & Lanjutan Moratorium 6 Bulan

Syarat sokongan Bajet 2021 yang diberikan oleh Dato Seri Najib bukanlah syarat Puteri Gunung Ledang. Syarat Puteri itu sememangnya bertujuan untuk menolak kerana ia satu perkara yang mustahil.

Tetapi syarat tambahan moratorium pinjaman 6 bulan dan pengeluaran pukal RM10k Akaun KWSP yang diberikan oleh BN bukannya sesuatu yang tak logik

Contohnya keuntungan bank-bank antara April – Jun 2020 masih lagi besar sepertimana berikut:

1. RHB Bank RM400j (2Q 2019: RM615j)
2. Maybank RM942j (2Q 2019: RM1.94b)
3. Hong Leong Bank RM525j (2Q 2019: RM469j)
4. Ambank RM365j (2Q 2019: RM391j)
5. CIMB RM277j (2Q 2019: RM1.5b)
6. Alliance Bank RM104j (2Q 2019: RM77j)

Dapat dilihat walaupun keadaan suku kedua 2020 amat sukar termasuk bank terpaksa memberikan moratorium pukal, tetapi kesemua bank ini masih mendapat keuntungan. Malahan keuntungan Hong Leong dan Alliance Bank adalah lebih tinggi daripada tahun lepas

Begitu juga dengan cadangan pengeluaran RM10k secara pukal. Walaupun ia boleh memberikan kesan kepada aliran kewangan KWSP, tetapi DS Najib juga memberikan beberapa cadangan mudah supaya ia dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kedudukan KWSP dan masa depan pencarum.

Antaranya adalah dengan pengeluaran bond dan pemberian multi layer dividen. Konsep multi layer dividen ini adalah, institusi akan memberikan peratusan dividen yang lebih tinggi bagi simpanan yang rendah

Inilah sebenarnya idea yang pernah dibuat oleh Tabung Haji di bawah DS Azeez Rahim. Dimana bermula tahun 2013, penyimpan yang memiliki simpanan kurang daripada RM9980 dan belum menunaikan haji diberikan dividen khas bagi membantu mereka mencukupkan simpanan ke tanah suci.

Malangnya pada zaman PH dividen ini tidak diteruskan.

Pada akhirnya, rakyat akan menilai kita berdasarkan bagaimana kita memperjuangkan nasib mereka

Bukan bagaimana kita mempertahankan mereka yang sedang berkuasa

Penulis : Abdul Rahim Hilmi Zakariya (Gombak)

  • perkongsian WhatsApp Group

Relate article

SYED SADDIQ IKTIRAF BN

Comment

..
1,549FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular