Thursday, April 15, 2021
Berita MAKKAL SAKTI PERJUANG NASIB PENDUDUK KG KASTAM - R. S. THANETHIRAN

MAKKAL SAKTI PERJUANG NASIB PENDUDUK KG KASTAM – R. S. THANETHIRAN

Sabtu – 28 Nov

Kuala Lumpur – Sejarah telah dicipta apabila perjuangan Penghuni Kg. Kastam selama lima tahun terjawab dengan Penyerahan Cek Pampasan di Kediaman Rasmi YB Datuk Seri Mohd Najib Razak sebentar tadi.

Pengerusi Kg. Kastam, Tuan Syed telah mengucapkan terima kasih kepada Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran atas perjuangan bersama sama Penduduk Kg. Kastam. “Pemimpin India berhati Melayu”, ujar beliau.

Presiden Parti telah menyatakan bahawa MMSP tidak hanya memperjuangkan hak masyarakat India sahaja tetapi seluruh Rakyat Malaysia yang menghadapi masalah. “Hari ini 15 keluarga itu akan hembus nafas lega”, tambah beliau.
Beliau juga telah mengucapkan syabas kepada YB Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan di Parlimen membawa usul KWSP dan Morotarium yang disokong oleh semua. Rakyat sentiasa didahulukan oleh Bossku!

Bossku dalam ucapan beliau telah mengucapkan tahniah kepada Presiden dan MMSP dalam kejayaan ini apabila 15 keluarga berbangsa Melayu telah dilaungkan hak mereka hingga ke takat ini. 1 Malaysia adalah intipati keharmonian ini. Bossku juga telah menyatakan bahawa tiada seorang rakyat pun akan ditinggalkan selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Beliau telah meyatakan bahawa Kejayaan ini hanya belaku kerana tindakan matang kedua dua pihak. Usul KWSP dan Morotarium adalah keperluan rakyat yang tidak boleh diperleka, maka harus diperjuangkan. Kejayaan ini adalah kejayaan rakyat tambah beliau.

Seterusnya YB Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan Cek Pampasan kepada Penghuni Kg Kastam disaksikan oleh Ybhg Datuk Seri R.S Thanenthiran. – FB Makkal Sakti Malaysia

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular