Saturday, October 16, 2021
Berita Makluman Lencongan & Penutupan Sebahagian Di Taman Bukit Cheras

Makluman Lencongan & Penutupan Sebahagian Di Taman Bukit Cheras

Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), akan melaksanakan penutupan dan lencongan laluan sementara di sebahagian Jalan 1/144A, Taman Bukit Cheras berdasarkan pelan pengurusan trafik yang telah diluluskan (Rujukan: SUKE/SMPP/CA3/TMP/STG3/004-001, 004-002, 003 & 005) sebagai langkah keselamatan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan struktur tetiang Lebuhraya SUKE yang dijadualkan seperti berikut:

Aktiviti : Pembinaan Struktur Tetiang Lebuh Raya
Lokasi : Sebahagian Jalan 1/144A Taman Bukit Cheras (Persimpangan Jalan 2/144A hingga ke simpang masuk Lebuhraya Grand Saga bersebelahan PETRONAS Taman Len Seng)

Tarikh

Masa

25 Oktober 2020 sehingga 30 Mei 2021    Penutupan Penuh (24 Jam)

Jangkaan Aktiviti:

  • Pengaktifan lencongan dan penutupan laluan sementara di sebahagian Jalan 1/144A Taman Bukit Cheras (Persimpangan Jalan 2/144A hingga ke simpang masuk Lebuhraya Grand Saga bersebelahan PETRONAS Taman Len Seng) sebagai langkah keselamatan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan struktur tetiang bagi Lebuhraya SUKE.
  • Pengguna yang melalui Jalan2/144A akan dilencongkan ke kiri  dan pengguna dari Taman Bukit Prima yang melalui Jalan 1/144A akan dilencongkan ke Jalan 11/144A  berhampiran SHELL Taman Bukit Cheras untuk melalui Jalan 4 seterusnya ke Pusat Bandaraya dan Taman Len Seng (Rujuk peta laluan alternatif yang bewarna BIRU).
  • Penduduk perumahan Lorong 1/144A dan Pangsapuri Taman Bukit Cheras boleh melalui Jalan 1/144A dari arah SHELL untuk ulang-alik ke kediaman mereka sebagai laluan alternatif (Rujuk peta laluan alternatif yang bewarna BIRU).
  • Jentera berat di dalam kawasan pembinaan serta pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan yang terkawal.
  • Penempatan pengawal trafik, kon keselamatan dan papan tanda amaran di sepanjang laluan yang terlibat.

Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah, kelajuan dan keselamatan serta arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular