Thursday, October 21, 2021
Berita Masalah Air : Ebit Liew Bawa Turun Lori Tangki Lagi

Masalah Air : Ebit Liew Bawa Turun Lori Tangki Lagi

SUBANG JAYA – Terima kasih Ustaz. Inilah ungkapan yang sering didengar tatkala kehadiran susuk tubuh individu ini bersama pasukannya membantu rakyat.

Tidak hanya duduk berdiam diri dan memerhati permasalahan yang melanda warga Lembah Klang terutamanya di sini, Ebit Liew membawa turun sebuah lori tangki dan beberapa kenderaan pacuan empat roda berisi air untuk kegunaan warga tempatan di sini.

“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya.

“Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok.” katanya.

Tidak terhenti di situ sahaja, Ebit Liew juga berkongsi info akan ke tempat lain untuk menghantar bantuan yang sama kepada mereka yang memerlukan.

“Doakan yer. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan. Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini.” tambahnya lagi.

Semoga usaha beliau ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan dipermudahkan segalanya.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,280SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular