Thursday, April 15, 2021
Politik Najmil Faiz - Tiada Keperluan Darurat, Bukti Kebijaksanaan SPB YDPA

Najmil Faiz – Tiada Keperluan Darurat, Bukti Kebijaksanaan SPB YDPA

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia.

Hal ini membuktikan bahawa peranan institusi diraja amat diperlukan di Malaysia terutama sekali apabila negara berdepan dengan pandemik Covid-19 serta krisis politik yang tidak menentu.

Bayangkan jika kita tidak mempunyai raja, sudah tentu negara sentiasa huru hara kerana kuasa pentadbiran diberikan secara mutlak kepada ahli politik. Institusi diraja adalah payung kepada kestabilan politik serta keharmonian negara.

Tiada keperluan untuk darurat, yang darurat adalah sikap segelintir ahli politik yang gila kuasa dan sanggup menggugat kestabilan politik hanya untuk berkuasa.

Kita perlu menolak kepentingan peribadi dan bekerjsama tanpa mengira fahaman politik. Inilah politik baharu yang diperlukan negara.

Daulat Tuanku. Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular