Saturday, October 16, 2021
Berita Nak Ikut Arahan Ismail Sabri Atau Annuar Musa - Hannah Yeoh

Nak Ikut Arahan Ismail Sabri Atau Annuar Musa – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas ketidakseragaman menteri-menteri kabinet dalam membuat keputusan mengenai kebenaran untuk beriadah tertentu di taman awam, susulanpenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua di Kuala Lumpur.

“(Pada) 13 Jan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) arahkan semua taman awam ditutup. Ahli Parlimen KL (kemudiannya) minta taman awam dibuka.

“(Pada) 14 Jan lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob kata tak boleh, taman awam mesti ditutup.

“(Hari ini) 15 Jan, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa kata taman awam dibuka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Berbeza dengan PKP pada Mac, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu mengumumkan PKP 2.0 kali ini membenarkan aktiviti riadah tertentu di luar rumah dengan syarat tertentu yang harus dipatuhi.

Aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan ialah joging (dalam kumpulan tidak lebih daripada dua orang dan dalam lingkungan setempat serta berbasikal (bersendirian, tidak lebih daripada 10 km dari tempat kediaman).

Menurut Yeoh, prosedur opersai standard (SOP) seharusnya tidak dibuat sesuka hati manakala Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menyelaraskannya betul-betul.

“Ada pengalaman sejak Mac 2020 kenapa masih tak ada pembaikan? MKN mesti selaraskan betul-betul.

“Pengumuman dibuat oleh dua menteri yang berbeza, kabinet yang sama, parti Umno yang sama.

“Tolong buat SOP berdasarkan sains. Jangan buat SOP sesuka hati,” katanya.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular