Wednesday, August 4, 2021
Komuniti DITERIMAKAH TAUBATKU?

DITERIMAKAH TAUBATKU?

▶️ Ulama’ mendefinisikan “Taubat” adalah tekad bulat secara mutlak untuk meninggalkan dosa-dosa dengan segera serta menyesalinya dan berazam untuk tidak mengulanginya. Di dalam ayat ini jelas bahawa Allah SWT Maha Pengampun dan bersedia menerima taubat hambanya yang benar-benar ingin kembali.

▶️ Sesungguhnya dosa adalah kezaliman yang dilakukan terhadap diri sendiri kerana ianya mengundang kemurkaan Allah SWT. Sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan, langgar syariat dan menuruti hawa nafsu. Tidak ada manusia yang terlepas dari dosa.

▶️ Namun, selagi masih bernyawa, Allah SWT masih berikan kita kesempatan untuk kembali padaNya. Marilah di hari Jumaat mulia ini. Kita perbaharui taubat kita. Semoga kasih sayang Allah mengiringi langkah kehidupan kita hingga saat kita diambilNya.

أستغفرالله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم و أتوب إليه

#NotaIlmuPemuda

#BangkitKembali #AgamawanMuda

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular