Monday, August 2, 2021
Rencana Nyawa Rakyat Malaysia Dijadikan Taruhan - Razlan Rafii

Nyawa Rakyat Malaysia Dijadikan Taruhan – Razlan Rafii

Nyawa Rakyat Malaysia Dijadikan Taruhan

Fitnah, provokasi dan juga fakta separa benar sudah sekian lama dimainkan oleh DAP dan kuncu-kuncunya. Dari banyak perkara dibangkitkan oleh DAP. Tidak sangka ianya melepasi SEMPADAN menjaga nyawa Rakyat.

Lim Kit Siang sepatutnya menjadi check and balance kepada Kerajaan, bukan menjadi penyebar cerita fitnah.

Rakyat kena tahu apa implikasi setelah Lim Kit Siang menyebar Fitnah bahawa Vaksin dibeli 20 kali ganda lebih mahal dari Belgium.

Implikasi ini amat besar dan akan mengadai nyawa Rakyat Malaysia.

Implikasi :-

1. Penguatkuasa akan memeriksa tatacara pembelian, proses ini akan terhenti dan akan mengambil masa untuk initiate semula pembelian selepas semakan harga.

2. Penjawat awam dalam ketakutan untuk memproses kontrak antara Kerajaan dengan WHO atau wakilnya.

3. Proses G2G akan menjadi rumit kerana pernah terjadi Malaysia membatalkan kontrak di zaman PH. Dan kehilangan keyakinan Negara pengeluar Vaksin kepada Kerajaan Malaysia.

Ada banyak kerja akan tertangguh dan ini akan melambatkan Rakyat Malaysia mendapat Vaksin, ianya hanya kerana :-

“TINDAKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB LIM KIT SIANG MENYEBARKAN FITNAH”

Tidak disangka DAP sanggup meletakan nyawa Rakyat Malaysia didalam bahaya, setakat ini, Negara Malaysia adalah yang terawal akan menerima Vaksin selain Singapura, kita mendahului Filipina dan negara-negara Asean yang lain.

Usaha Kerajaan meletakkan 2 Kementerian bekerjasama malah WHO juga telah menggunakan tatacara pengawalan penjualan Vaksin, seharusnya ini dilihat dari sudut positif, iaitu untuk mengekang pihak mengaut untung berlebihan, ianya dibuat untuk KETELUSAN pelaburan demi manusia sejagat.

Proses pembelian juga menggunakan kaedah Kerajaan dengan Kerajaan (G2G).

Cukuplah meletak Rakyat Malaysia dalam bahaya, masih teringat semasa PH memerintah, Menteri-menterinya tidak langsung mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari wabak ini, malah mereka menempelak rakyat Malaysia kerana ketakutan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159248611049658&id=700064657

Penulis : Datuk Razlan Rafi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular