Wednesday, August 4, 2021
Berita PAS Ramal UMNO Tak Ke Mana Tanpa Bersatu

PAS Ramal UMNO Tak Ke Mana Tanpa Bersatu

KOTA BHARU – Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin.

Dia berkata PAS, Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain.

“Pada padangan kita, kalau kita dengan Umno sahaja tak akan ke mana, kalau dengan Bersatu saja pun tak akan sampai ke mana.

“Kita perlukan gabungan ketiga-tiga parti ini. Sebab itu pentingnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Ketiga-tiga parti ini ada kekuatan tersendiri,” katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang kini dilihat menimbulkan konflik di kalangan pimpinan Umno.

Annuar dilaporkan berkata PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu pada PRU akan datang. Susulan itu beberapa pimpinan Umno antara naib presidennya, Mohamed Khaled Nordin, tampil menyanggah kenyataan Annuar itu. Khaled antara lain menyatakan keyakinan betapa PAS tidak akan memaksa Umno supaya terima Bersatu.

Sementara itu Mohd Amar berkata, apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman Umno yang perlu diselesaikan.

“Isu ini kalau kita tengok di media melibatkan kalangan Umno, kenyataan Annuar dijawab oleh pimpinan Umno yang lain.

“Kita harap Umno boleh selesaikanlah, kami tak boleh nak campur (tangan), ini masalah dalaman parti. Pandangan-pandangan dalam kalangan pimpinan Umno.

“Pandangan saya sepatutnya masing-masing duduk semeja dan tidak buat kenyataan terbuka. Hari ini isu besarnya masing-masing buat kenyataan terbuka,” kata Adun Panchor itu.

Tambahnya, berbeza pandangan itu perkara biasa, tetapi lebih baik duduk sekali dan berbincang untuk mencari titik pertemuan.

“Tapi kalau kita masing-masing bercakap kepada media, kita beri mesej yang salah dan persepsi kepada pengundi serta menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti,” tambahnya lagi.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular