Friday, April 23, 2021
Berita Nasional Pasar Bergerak Dijangka Kurangkan Perbelanjaan Dapur Warga Kota

Pasar Bergerak Dijangka Kurangkan Perbelanjaan Dapur Warga Kota

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan program Mygrocer@Wilayah bagi mengurangkan perbelanjaan dapur untuk golongan berpendapatan rendah B40.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, program pasar bergerak menggunakan trak yang menjual barangan dapur dan makanan asas termasuk barangan basah, garam, minyak serta gula ini akan ke 178 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta secara berjadual.

“Teorinya adalah jika seseorang itu membelanjakan keperluan dapur RM300 ke RM500 sebulan, kalau mereka jimat antara 10 hingga 20 peratus bermaksud mereka dapat kurangkan kos RM100 atau RM80 sebulan.

“Daripada membeli di pasar raya, perlu bayar minyak kereta dan tol serta harga barangnya agak mahal, kita perkenalkan konsep ini dengan bawa barang secara borong terus ke PPR (Projek Perumahan Rakyat) dengan harganya lebih rendah daripada pasaran,” katanya.

Menurutnya, harga jualan yang ditawarkan oleh pengusaha trak Mygrocer@Wilayah adalah 5 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam bagi membantu menjimatkan perbelanjaan sesebuah keluarga.

“Saya lihat banyak bas-bas terpakai termasuk di Putrajaya sahaja lebih 100 bas yang tidak digunakan tapi masih dalam keadaan elok.

“Jika bas ini boleh diubah suai kemudian diletakkan secara statik menjadi kiosk di lokasi program, lebih banyak barang dapur boleh dibawa dan kekerapan program dapat diperbanyakkan lagi,” katanya.

Relate article

Comment

..
1,550FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular