Wednesday, August 4, 2021
Berita Nasional Pemuda UMNO Mohon Sumbangan Orang Ramai Untuk Disampaikan Kepada Golongan Sasaran

Pemuda UMNO Mohon Sumbangan Orang Ramai Untuk Disampaikan Kepada Golongan Sasaran

Seperti yang semua sedia maklum, Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara sedang bergerak dalam menyantuni agenda #PemudaBantuRakyat. Agenda ini telah berjaya sedikit sebanyak membantu rakyat Malaysia yang terkesan oleh pandemik Covid19 dan pelbagai lagi situasi yang memerlukan pertolongan diberikan.

Pemuda UMNO yang mempunyai rangkaian melalui 191 Bahagian dan 22,143 cawangan Pemuda sedang berusaha sebaiknya menghulurkan tangan dengan memberi keringat tenaga, sumbangan dan menyalurkan bantuan bekalan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Namun, agenda ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama rakyat Malaysia secara keseluruhan nya. Justeru, bagi meneruskan dan memperkasa agenda yang penting untuk kelangsungan kehidupan rakyat ini, kami dengan rasa rendah diri, memohon sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi kami untuk terus menyalurkan bantuan barangan keperluan asas kepada golongan yang terkesan.

Segala sumbangan dan perbelanjaan yang diterima dan dibelanjakan akan dilaporkan, juga di audit secara telus dan terperinci.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun:

PEMUDA UMNO MALAYSIA
CIMB BANK BERHAD
8000632311

Semoga bantuan anda akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular