Thursday, February 25, 2021
Berita Perlembagaan Digantung, Tidak Bantu Kawal COVID-19

Perlembagaan Digantung, Tidak Bantu Kawal COVID-19

KUALA LUMPUR – Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara akibat pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan yang telah dimuat naik di Facebook milik Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Utama Mohamad Bin Hj Hasan jika hanya untuk memastikan pandemik ini terkawal adalah lebih baik jika Kerajaan mengisytiharkan Kecemasan Kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut.

Beliau juga menyatakan penambahbaikan kepada perkara-perkara yang boleh memberi kesan dan membantu negara dalam mengawal pandemik COVID-19.

“Memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan MCO dan menyegerakan imunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.”

Meskipun Negara berada di dalam Keadaan Darurat sejak 12 Januari, hari ini seramai 66 individu dikesan melakukan kesalahan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  menjelaskan bawah mereka adalah antara 608 individu yang ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,140SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular